GIF Berulang

Ulang imej GIF swagerak anda dalam talian. Percuma untuk digunakan

Loop GIF

4.6

319 Ulasan

Buat GIF Berulang Tanpa Henti Dalam Talian, Percuma

Buat GIF berulang tanpa henti dalam beberapa saat dengan hanya beberapa klik. Anda tidak perlu memuat turun aplikasi atau membuka akaun. Penyunting GIF dalam talian VEED membolehkan anda mengulang imej GIF swagerak anda. Anda juga boleh membuat GIF baru dari video YouTube dan menukar video format berbeza kepada fail GIF.

Cuma muat naik video anda atau tampal pautan YouTube. Gunakan VEED untuk mengulang video dalam tempoh yang anda inginkan. Muat turun video sebagai fail GIF apabila anda selesai dan kongsikannya di media sosial. Ia sangat pantas dan mudah!

Cara Membuat GIF Berulang Tanpa Henti:

Langkah 1

Muat naik fail GIF

Pilih fail GIF dari folder and selepas mengklik pada ‘Pilih fail GIF’. Anda juga boleh menyeret dan meletakkan imej GIF anda ke dalam kotak.

Langkah 2

Ulang GIF anda

Buat pengulangan dengan memasukkan imej GIF yang sama. Hanya klik pada butang tambah (+) pada bahagian bawah sebelah kanan penyunting dan pilih fail yang sama

Langkah 3

Eksport GIF anda

Klik pada ‘Eksport’. Pastikan untuk memilih ‘Eksport sebagai GIF’ dari pilihan. GIF berulang tanpa henti anda akan dimuat turun pada peranti anda.

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘GIF Berulang’

Ulang sebahagian imej GIF swagerak

Jika anda hanya ingin mengulang sebahagian daripada imej GIF anda, anda boleh melakukannya dengan memisahkan dan menghapuskan bahagian-bahagian yang anda tidak mahu. Gerakkan peluncur atau play head pada garis masa dan tekan kunci ‘S’ pada papan kekunci anda. Atau anda boleh klik kanan dan pilih ‘Pisah’. Klik kanan pada klip lain dan pilih ‘Hapus’. Sekarang anda boleh menambahkan fail GIF yang sama dan ulang proses untuk mencipta pengulangan.

Sunting fail GIF

Jangan ragu-ragu untuk menggunakan penyunting GIF dalam talian VEED untuk menambahkan lebih banyak elemen menarik kepada fail GIF anda! Anda boleh menambahkan teks dan kapsyen pada GIF anda, menambah lukisan, bentuk, emoji dan banyak lagi. Putar, pangkas dan ubah semula saiz imej GIF untuk platform media sosial berbeza.

Buat GIF dari klip video

Perkara menarik lain yang anda boleh lakukan dengan GIF anda di VEED adalah anda boleh membuat GIF swagerak daripada klip video. Muat naik video anda, sunting mengikut kehendak anda dan muat turun sebagai fail GIF. Hanya klik pada ‘Eksport sebagai GIF’ apabila selesai.

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Pilih Fail GIF

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada alat mengulang GIF

VEED membolehkan anda melakukan banyak perkara lebih daripada mengulang imej GIF anda. Pembuat GIF dalam talian kami juga berfungsi sebagai penyunting video jadi anda boleh menyunting GIF anda sepertimana anda lakukan pada sebarang fail video. Putar, Ubah saiz dan pangkas GIF anda. Anda juga boleh memasukkan teks, imej, dan lukisan di atasnya. Buatlah GIF reaksi atau GIF yang menarik untuk peristiwa yang berlainan yang anda boleh hantar sebagai ucapan hari lahir atau percutian. Cuba penyunting GIF kami dan buat GIF paling hebat hari ini!

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop