Video Berulang
Ulang video anda berulang-kali. Dalam talian, mudah digunakan, tiada akaun diperlukan
4.6
319 Ulasan
Ulang video dalam talian, percuma
Adakah anda ingin mengulang video anda berulang-kali? Anda boleh menggunakan pengulang video dalam talian VEED. Anda tidak memerlukan sebarang pengalaman dalam penyuntingan video. Hanya muat baik video atau tampal URL pada video YouTube, ulang prosesnya dan video anda akan berulang dari mula. Atau anda boleh memilih klip pendek, memotong selebihnya dan menjadikan klipnya mengulang sendiri untuk satu tempoh yang anda inginkan.
Anda juga boleh menukar video anda kepada GIF berulang tanpa henti! Eksport video anda dalam format GIF animasi. Alat pengulang video kami sangat mudah digunakan. Ulang video anda seberapa banyak yang anda inginkan - dengan hanya beberapa klik. Kongsikannya dengan rakan-rakan anda atau hantarkannya di media sosial.
Cara Mengulang Video:
Langkah 1
Pilih video anda
Muat naik video anda ke VEED dengan mengklik pada ‘Pilih Video’. Anda juga boleh menampal pautan YouTube untuk memuat naik video dari YouTube. Atau seret dan letakkan faila nda ke dalam penyunting.
Langkah 2
Tambah video yang sama
Klik pada ikon tambah (+) di bahagian bawah dan pilih video yang sama dari folder anda. Anda boleh melakukan ini seberapa banyak yang anda inginkan. Atau anda boleh memilih ‘Eksport sebagai GIF’ untuk mencipta pengulangan imej GIF tanpa henti.
Langkah 3
Eksport
Klik pada ‘Eksport’. Klip tidak akan disimpan sebagai satu video berulang dalam format MP4 atau imej GIF jika anda mengeksportnya sebagai GIF.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Ulang Video’
Alat mengulang video pantas dan mudah
Anda tidak memerlukan sebarang kepakaran dalam penyuntingan video untuk mengulang video anda menggunakan VEED. Apa yang diperlukan adalah beberapa klik. Hanya muat naik video anda, klik pada butang tambah (+) di bahagaian kanan dan pilih video yang sama. Anda boleh mengulang ini seberapa banyak kali yang diperlukan. Jika anda cuma ingin mengulang sebahagian daripada video, pilih klip tersebut, potong selebihnya dan kemudian ulang proses untuk mengulangnya. Untuk memotong bahagian daripada video, hanya gerakkan peluncur atau mainkan kepala pada garis masa dan tekan S pada papan kekunci anda di lokasi yang anda ingin potong.
Tambah bunyi, imej dan banyak lagi
Selain daripada mengulang video anda, anda juga boleh menambahkan audio, imej dan elemen lain ke video anda untuk menjadikannya kelihatan lebih menyeronokkan dan menarik. Anda boleh melukis pada video anda menggunakan alat berus, menambah bentuk dan emoji. Gunakan penyaring dan kesan kamera untuk meningkatkan video anda. Ciri hebat lain VEED adalah anda boleh menambahkan teks dan sari kata. Jadikan video anda lebih mudah diakses kepada semua orang. Tambahkan tajuk dan kapsyen dan banyak lagi!
Aplikasi penyuntingan video berasaskan pelayar
Mengapa muat turun aplikasi yang akan memakan ruang storan di komputer atau peranti mudah alih anda bila anda boleh melakukan semuanya dalam talian secara percuma?! Dengan VEED, anda boleh mengakses projek anda di mana-mana dari sebarang peranti. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuka pelayar anda dan mulakan penyuntingan. Membuka akaun adalah pilihan tetapi melakukannya akan membolehkan anda menyimpan video yang disunting di awan. VEED sesuai dengan Mac, Windows dan Linux, juga iPhone, Android dan semua peranti mudah alih. Ia berfungsi dengan lancar di semua pelayar popular seperti Chrome, Firefox dan Safari.
Soalan Lazim
Ketahui lagi
Disukai oleh pencipta.
Disukai oleh syarikat Fortune 500
VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.
Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal
Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.
Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers
Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.
Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group
VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.
Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan
Lebih daripada pengulang video
Tidak seperti aplikasi penyuntingan video percuma lain, VEED memberikan anda akses kepada banyak alatan yang anda boleh gunakan untuk menyunting video anda seperti pro. Alatan ini biasanya hadir sebagai tambahan di kebanyakan penyunting video percuma. Tetapi dengan VEED, ia adalah percuma. Apa yang menarik adalah anda boleh melakukannya terus dari pelayar anda! Tidak perlu memasang aplikasi yang memakan banyak ruang storan dalam peranti anda. Semua alatan adalah sangat mudah digunakan; kebanyakannya menampilkan tindakan seret dan letak. Buka akaun percuma dan mula menghasilkan video yang kelihatan profesional hari ini!