Tambah Audio ke Video

Gabungkan video dan fail muzik anda secara dalam talian. Masukkan fail MP3, WAV, M4A ke dalam video dan banyak lagi

4.6

319 Ulasan

Gabungkan Fail Audio & Video Secara Dalam Talian, Percuma

VEED ialah aplikasi suntingan video dalam talian yang membolehkan anda memasukkan muzik ke dalam video anda secara percuma. Masukkan runut bunyi hebat ke dalam rakaman video anda dengan perisian suntingan kami yang mudah digunakan. Tambah kesan bunyi di latar belakang, rakaman audio, suara latar, trek muzik bebas royalti, dan banyak lagi! Sama ada anda memuatnaik video ke Instagram, Youtube atau sebarang media sosial, pastikan audionya betul dengan VEED. Anda boleh membuang audio daripada video anda (untuk menghapuskan bunyi bising latar) dan kemudian muat naik fail audio berasingan untuk disimpan sebagai video tunggal. Anda juga menggunakan ciri ‘Audio Bersih’ automatik kami (disediakan oleh Dolby.io) untuk memastikan rakaman audio anda jelas dan bebas daripada sebarang gangguan latar belakang’ Gabungkan fail muzik dan video anda hari ini dengan VEED!

Cara Tambah Audio ke Video

Langkah 1

Pilih video

Muat naik video yang anda mahu masukkan muzik. Seret & letak, siap!

Langkah 2

Muat naik audio

Anda boleh membuang audio semasa video anda dengan melaras peluncur bunyi. Kemudian klik ‘Muat Naik’, ‘Muat Naik Audio’, untuk menambah muzik dan kesan bunyi.

Langkah 3

Simpan!

Apabila anda suka dengan video baru anda, klik ‘Muat Turun’ dan siap!

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘Tambah Audio ke Video’

Tambah Muzik ke Video di mana-mana platform!

Masukkan muzik ke dalam video di Windows dan Mac. Penyunting video dalam talian kami berfungsi dengan baik dalam pelayar anda jadi anda boleh menyunting di mana-mana sahaja - di peranti iPhone dan android juga! Sebaik sahaja anda memasukkan fail audio dan video anda, anda boleh mengubah saiznya untuk disesuaikan dengan sebarang platform media sosial - TikTok, YouTube, Snapchat, Instagram, Twitter, LinkedIn dan banyak lagi. Hanya dengan satu klik dan anda boleh mengeksport video untuk dimuatnaik di pelbagai platform.

Suara Latar, Muzik Sokongan dan banyak lagi

Masukkan suara anda sendiri ke dalam video. Rakam suara anda, muat naik dan tambah ke dalam video anda. Atau masukkan muzik latar anda sendiri ke dalam video secara dalam talian - sama ada ia sebuah video professional, pendidikan atau video iklan. Menambah muzik ke dalam video anda menjadikannya lebih dekat dengan penonton - ia mencipta mood yang berbeza, gunakan kesan bunyi dan banyak lagi! Dengan perisian penyuntingan video dalam talian VEED, mudah untuk anda masukkan sebarang jenis audio ke dalam klip video anda.

Garis Masa yang Mudah Digunakan

Anda boleh memilih dengan mudah bila muzik anda bermula dan bila ia berakhir. Tambah beberapa trek audio kepada video anda untuk menghasilkan suara latar, muzik dan banyak lagi. Garis masa kami menjadikannya mudah untuk memangkas klip audio anda supaya menjadi lebih pendek, membuang audio daripada rakaman video anda dan menyusun semua beberapa trek di lapisan berbeza (walaupun ada dua trek audio berlainan dimainkan dalam video pada masa yang sama!) Anda boleh membuat projek video anda (sama ada bekerja di iPhone/iPad iOS atau sebarang platform) dengan baik bersama VEED

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Pilih Video

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih Daripada Sekadar Menambah Muzik ke Video

Dengan VEED anda boleh membuang audio, menambah sarikata, memotong, memendekkan dan banyak lagi. Penyunting video berasaskan pelayar kami sangat mudah digunakan tetapi sangat hebat. Tiada pengalaman menyunting diperlukan, anda boleh mencipta kandungan dalam talian yang menakjubkan dalam masa beberapa minit sahaja dengan VEED.

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop