Trusted by 1M+ creators
Pembuat Pengenalan
Buat pengenalan menakjubkan untuk video anda, percuma. Pembuat pengenalan dalam talian
Tiada kad kredit diperlukan

4.6
2,100+ Ulasan















Pembuat Pengenalan Video Percuma
Gunakan penyunting video dalam talian VEED untuk membuat pengenalan menarik untuk video anda. Buat video cantik untuk saluran YouTube dan halaman media sosial anda. Anda boleh memasukkan muzik tanpa royalti pada permulaan video untuk menarik perhatian penonton anda. Dengan memasukkan pengenalan pada video anda, anda boleh meningkatkan penglibatan dan mendapat lebih banyak tontonan.
Pembuat pengenalan percuma VEED sangat mudah digunakan. Anda tidak perlukan sebarang pengalaman menyunting video. Anda boleh tarik dan lepaskan elemen pada garis masa dengan mudah; tambah teks, imej, muzik latar dan banyak lagi. Membuat video-video yang cantik tidak pernah semudah ini. Ia hanya memerlukan beberapa klik!
Cara Membuat Pengenalan Video:

Langkah 01
Masukkan video anda
Klik pada ‘Pilih Video’ dan pilih video and dari folder anda. Anda juga boleh menampal pautan YouTube terus ke penyunting.

Langkah 02
Tambah elemen pengenalan
Antara perkara yang anda boleh tambah pada permulaan video anda adalah teks, kapsyen dan tajuk. Hanya klik pada butang Teks di sebelah kiri. Anda juga boleh menambah imej, audio dan banyak lagi.

Langkah 03
Eksport
Apabila anda berpuas hati dengan pengenalan video anda, klik pada ‘Eksport’. Muat turun video anda dalam format yang anda suka.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Pembuat Pengenalan’

Cipta pengenalan menakjubkan untuk video YouTube anda
YouTube adalah platform perkongsian video paling popular. Ia adalah satu daripada tempat terbaik untuk berkongsi video untuk tontonan lebih ramai penonton. Namun, persaingannya kuat dan jika anda mahu video anda menyerlah di YouTube, satu perkara yang anda boleh lakukan adalah menambah pengenalan menarik menggunakan VEED. Kenalkan topik video anda dalam cara unik dengan memasukkan tajuk dan kapsyen. Ini akan membolehkan penonton untuk mengetahui apa yang perlu dijangka daripada kandungan anda. Hanya gunakan alat Teks VEED yang anda boleh akses dari menu kiri dan mula tambahkan teks!

Masukkan logo atau tera air anda
Cara lain untuk menjadikan pengenalan anda unik adalah dengan menambah logo atau tera air anda. Anda boleh memuat naik imej logo anda ke VEED dan letakkannya di mana-mana pada bingkai video. Anda mempunyai pilihan sama ada menggunakan Kit Jenama kami yang membolehkan anda menyimpan logo anda dalam talian supaya anda tidak perlu memasukkannya setiap kali anda membuat video. Kit Jenama tersedia untuk pelanggan premium tetapi mendapatkan pelan VEED Pro adalah pilihan. Anda masih boleh menambah logo anda walaupun dengan pelan percuma!

Sunting video anda seperti pro
Selain daripada menambah pengenalan pada video anda, anda boleh menggunakan alatan penyuntingan video VEED untuk menjadikan keseluruhan video anda kelihatan menakjubkan dan profesional. Jika anda mahu video anda boleh diakses oleh lebih ramai penonton, anda boleh menggunakan alat Sari Kata Automatik kami. Tambahkan sari kata di sepanjang video anda. Hanya klik pada Sari Kata dari menu kiri dan klik Transkripsi Automatik. VEED akan menjana sari kata secara automatik untuk anda. Anda juga boleh menggunakan pelbagai alatan menyunting video seperti penyaring video dan kesan kamera. VEED juga menampilkan penyunting skrin hijau, perakam skrin dan banyak lagi.
Soalan Lazim
VEED membolehkan anda menambah pengenalan pada video anda dengan mudah. Masukkan teks, imek dan muzik latar pada permulaan video anda. Hanya klik pada elemen yang anda ingin tambah dan tarik dan lepaskannya pada awal video. Anda juga boleh memisahkan video dan menambah kesan dan elemen lain di antaranya.
Walaupun internet dipenuhi dengan aplikasi penyunting video percuma yang anda boleh gunakan, VEED menyerlah kerana kesederhanaannya. Ia juga percuma untuk digunakan. Anda akan temui banyak ciri-ciri penyuntingan video premium yang biasanya tidak diperoleh dalam aplikasi percuma!
Pembuat pengenalan membolehkan anda membuat video anda lebih mengujakan. Tarik perhatian penonton anda dari awal untuk menggalakkan mereka menonton keseluruhan video. Ia juga membantu anda memperkenalkan mengenai kandungan anda.
Aplikasi pembuat pengenalan VEED adalah sepenuhnya percuma untuk digunakan! Malah anda tidak perlu membuka akaun. Hanya akses VEED dari pelayar anda, muat naik video anda, dan buat pengenalan yang menakjubkan!
Pengenalan video yang bagus adalah termasuk ringkas tetapi mempunyai maklumat yang cukup mengenai kandungan anda. Jadi pastikan untuk memasukkan semua maklumat relevan pada permulaan video adna tetapi juga menjadikannya pendek dan menarik.
Banyak YouTuber menggunakan VEED untuk menambah pengenalan pada video mereka. VEED ialah perisian penyuntingan video percuma yang juga membolehkan anda menyunting selebihnya dalam video anda untuk menjadikannya tampak menakjubkan. Anda tidak perlu menggunakan berbilang aplikasi!
Ketahui lagi
Trusted by 1M+ creators
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada pembuat pengenalan
Terdapat banyak kelebihan menggunakan VEED berbanding banyak perisian penyuntingan video dalam talian di luar sana. Dengan VEED, anda boleh mendapat semua ciri penyuntingan video yang anda perlukan. Buat semuanya dalam satu tempat tanpa memuat turun sebarang aplikasi! Semua alatan kami berfungsi terus dari pelayar anda. Anda boleh simpan semua projek anda dalam satu tempat dan mengaksesnya dari mana-mana peranti. Selain daripada mencipta video yang cantik, anda juga boleh menggunakan pemampat video dan penukar video kami. Anda tidak perlu cari di tempat lain!