Perakam Audio Pelayar

Sambungan pelayar berkuasa untuk rakaman audio!

Browser Audio Recorder.png

4.6

319 Ulasan

Aplikasi Perakam Suara untuk Pelayar Anda

Perakam audio Google Chrome VEED membolehkan anda merakam tab pelayar anda, tetingkap dan/atau kamera web dengan satu klik! TAMBAH SAMBUNGAN CHROME KAMI dan rakam dengan segera. Tidak perlu memuat turun aplikasi dalam peranti anda. Ia berfungsi dengan Windows, Mac dan Linux. Mendaftar dengan VEED untuk kebebasan mengakses semua rakaman anda di papan pemuka anda - disimpan dalam storan awan kami. Pilih daripada susun atur berbeza dan sesuaikan dengan video anda. Sunting rakaman anda menggunakan penyunting video ringkas dan percuma kami apabila anda selesai!

Cara Merakam Audio Anda dari Pelayar Anda:

Langkah 1

Pilih susun atur

Pilih daripada senarai susun atur kami (anda mungkin perlu mengklik kebenaran ‘Benarkan’ untuk mengakses skrin, kamera atau mikrofon anda). Anda boleh merakam skrin anda sahaja, kamera web anda, atau kedua-duanya pada masa yang sama!

Langkah 2

Mulakan rakaman

Klik butang merah untuk memulakan rakaman! Anda akan nampak kiraan detik sebelum rakaman bermula. Jangan bimbang jika anda menghadapi masalah. Anda mempunyai masa dan ulangan tanpa had. Anda boleh pergi ke halaman lain dan jangan bimbang, anda masih sedang merakam.

Langkah 3

Semak, sunting dan eksport

Anda boleh memainkan semula rakaman untuk menyemaknya, klik ‘Kongsi’ untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan teman sekerja, atau ‘Sunting’ untuk menyunting video anda (sesuai untuk menambah teks, sari kata dan sentuhan profesional pada rakaman skrin anda)

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘Perakam Audio Pelayar’

Rakam memo suara di Google Chrome dengan satu klik!

Perakam suara Chrome dalam talian VEED memudahkan anda untuk merakam mikrofon anda. Anda juga boleh merakam tetingkap Google Chrome anda, tab da/atau kamera web dengan satu klik. Kami mengesyorkan menyemat sambungan pada pelayar anda. Hanya klik pada ikon VEED, memberi keizinan, dan mulakan rakaman! Ia sesuai dengan Mac dan Windows. Apabila anda selesai, sunting video anda menggunakan penyunting video percuma kami. Tambah muzik tanpa royalti dari Perpustakaan Stock kami jika anda perlukan muzik latar dan kesan bunyi!

Penyunting dan perakam suara berkuasa

Apabila anda selesai merakam audio anda, anda boleh menggunakan aplikasi penyuntingan video dalam talian berkuasa VEED untuk meningkatkan lagi audio atau video anda! Gunakan ciri Bersihkan Audio satu klik kami - tersedia untuk pelanggan premium. Jika anda ingin memuat turun fail audio, anda boleh memilih untuk mengeksport rakaman anda dalam format MP3. Untuk rakaman video, penyunting video kami padat dengan ciri yang akan membantu anda mencipta video yang kelihatan profesional. Tambahkan teks, pelekat, penyaring dan banyak lagi. Pilih daripada piliha luas imej stock, video, dan audio. Anda juga boleh menambahkan sari kata.

Alat rakaman skrin percuma dan mudah guna

Perakam skrin dan penyunting video kami adalah percuma untuk digunakan dan mesra-pemula. Walau bagaimanapun, jika anda perlukan untuk merakam video yang lebih lama, anda mungkin perlu melanggan pelan premium kami. Lihat Pricing Page untuk melihat pelan yang sesuai dengan keperluan anda. Ia sangat mudah digunakan. Ia hanya memerlukan beberapa klik!

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Mulakan Rakaman

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada perakam audio pelayar

VEED ialah aplikasi penyuntingan video semua dalam satu yang membolehkan anda melakukan lebih daripada sekadar merakam audio anda daripada pelayar web anda. Rakam kamera web anda dan skrin pada masa yang sama dan sunting rakaman anda dalam talian. Ia adalah alat penyuntingan dan penciptaan video professional yang hebat untuk pemula dan profeisonal. Buat video yang kelihatan profesional dengan hanya beberapa klik. Anda tidak memerlukan sebarang pengalaman penyuntingan video. Cuba VEED untuk rakaman suara dan audio anda hari ini!

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop