Buang Audio Daripada Video

Buang audio daripada video. Senyapkan video dalam talian, percuma

4.6

319 Ulasan

Senyapkan Video Anda Dalam Talian, Percuma

VEED ialah penyunting video dalam talian yang membolehkan anda membuang runut audio dalam dengan hanya beberapa klik. Anda boleh menyenyapkan sebahagian video atau keseluruhan video. Tiada perisian untuk dipasang. Lakukannya terus dari pelayar anda. Alat penyingkir audio kami adalah percuma. Tidak perlu membayar aplikasi mahal seperti Adobe Premiere Pro! Selain itu, ia sangat mudah digunakan. Anda tidak perlukan apa-apa pengalaman dalam penyuntingan video.

Anda juga boleh menambahkan fail audio anda sendiri selepas membuang audio asal daripada video anda. Masukkan muzik latar, kesan bunyi dan banyak lagi. Hanya muat naik video anda, klik butang senyao dan tambahkan fail audio (pilihan). Eksport video anda sebagai fail MP4 dan kongsikan di media sosial

Cara Membuang Audio Daripada Video

Langkah 1

Muat naik video anda

Klik pada ‘Pilih Video’ dan pilih video dari folder anda. Atau anda boleh tarik dan lepaskannya ke dalam penyunting.

Langkah 2

Senyapkan audio

Pilih video dalam penyunting dan klik pada ikon bunyi untuk menyenyapkannya. Itu sahaja! Anda telah membuang audio daripada video anda.

Langkah 3

Eksport

Sekarang anda boleh memuat turun video baru anda. Klik pada ‘Eksport’ dan video anda akan dieksport sebagai fail MP4.

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘Senyapkan Video’

Senyapkan sebahagian daripada video atau keseluruhan video

Jika anda hanya mahu membuang audio di beberapa bahagian video anda, anda boleh memisahkan video kepada beberapa bahagian dan kemudian senyapkan klip-klip pilihan. Untuk memisahkan video, hanya gerakkan peluncur ke lokasi yang anda inginkan dan klik pada alat ‘Pisah’ yang berada betul-betul di atas penyunting. Pilih klip yang anda ingin senyapkan dan klik pada ikon bunyi untuk menyenyapkannya. Untuk menyenyapkan keseluruhan video, hanya pilih video dan klik pada ikon bunyi dan selesai!

Tambah fail audio untuk menggantikan yang asal

Sebagai langkah pilihan, anda boleh menambah fail audio untuk menggantikan bunyi asal video anda. Selepas menyenyapkan video, klik pada ikon tambah (+) pada bahagian bawah sebelah kanan atau klik pada Muat Naik di menu kri. Anda boleh menambahkan MP3, WAV, M4A dan jenis fail audio popular lain. Tambahkan audio tanpa royalti untuk menghasilkan video muzik yang mengagumkan. Anda boleh menambah kesan bunyi, suara latar, penceritaan, alih suara dan muzik latar. Untuk menambah audio kepada bahagian-bahagian tertentu dalam video, anda boleh memisahkannya serta tarik dan lepas lapisan audio merentasi garis masa.

Laraskan kelantangan dan bunyi campuran

Jika anda tidak mahu menyenyapkan keseluruhan audio, anda boleh memperlahankan kelantangannya menggunakan kawalan suara. Klik pada video di tetingkap penyuntingan dan gerakkan peluncur di sebelah ikon bunyi di bawah Audio. Apakah yang lebih menarik adalah ini juga akan membolehkan anda mencampurkan bunyi-bunyian. Anda boleh menambahkan seberapa banyak fail audio yang anda inginkan, laraskan setiap kelantangan fail audio dan campurkannya bersama. Setiap kali anda menambah fail audio, ia akan mempunyai lapisannya sendiri pada garis masa. Anda boleh menindan satu dengan yang lain untuk membuat campuran. Hanya tarik dan lepaskan lapisan audio merentasi garis masa. Jadi kreatif dan gunakan kemahiran mencampur DJ anda.

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Pilih Video

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada membuang audio daripada video anda

VEED ialah perisian penyuntingan video padar yang sepenuhnya adalah berasaskan pelayar. Ia adalah aplikasi berkuasa yang membolehkan anda melakukan banyak perkara dengan video anda untuk menjadikannya kelihatan menakjubkan dan professional. Anda boleh memangkas, memutar, dan mengubah saiz video anda untuk tapak media sosial yang berbeza. Tambahkan audio, imej, teks dan banyak lagi untuk menjadikannya kelihatan lebih menarik. Gunakan kesan kamera dan penyating VEED untuk meningkatkan lebih lagi. Buka akaun dan rasai pengalaman penyunting video berkuasa kami hari ini!

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop