4.6
319 Ulasan
Penyambung MP4 Dalam Talian
Gabungkan berbilang video MP4 kepada satu MP4 menggunakan penyunting video dalam talian percuma. Cantumkan video anda terus dari pelayar anda. Anda tidak perlu memuat turun dan memasang aplikasi. VEED membolehkan anda menyunting video anda - pisah, trim dan susun semula klip video dan simpan sebagai satu video MP4. Cantumkan fail MP4 anda dengan kehilangan minima dalam kualiti video.
Anda juga boleh menambah imej, teks, sari kata dan melakukan lebih banyak lagi dengan video anda. Perisian penyuntingan video VEED adalah percuma dan mudah. Muat naik video anda, cantum dan sunting mengikut kemahuan anda dan muat turun sebagai satu fail MP4.
Cara Menggabungkan Fail MP4:
Langkah 1
Muat naik fail MP4 anda
Muat naik dua atau lebih video MP4 ke dalam penyunting dengan mengklik pada ‘Pilih Fail MP4’. Kemudian, pilih video anda. Tekan kunci Shift (Arahan untuk Mac) semasa mengklik pada berbilang fail untuk memilihnya. Anda juga boleh menarik dan melepaskannya dari folder anda ke tetingkap penyunting.
Langkah 2
Sunting atau tambahkan lebih banyak video
Selepas memuat naik video MP4 anda, anda akan nampak halaman penyunting video di mana anda boleh menyunting atau menambah lebih banyak video untuk dicantum. Untuk menambah banyak video, hanya klik pada tanda tambah (+) pada tetingkap penyuntingan di bahagian bawah sebelah kanan skrin.
Langkah 3
Eksport fail MP4 baru anda
Hanya klik pada ‘Eksport’ dan video MP4 baru anda akan dimuat turun ke peranti anda.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Penyambung MP4’
Penyambung fail MP4 dalam talian percuma
Penyambung video MP4 dalam talian kami adalah percuma dan boleh diakses dari mana-mana pelayar. VEED berfungsi lancar dalam Windows, Mac, Linux dan semua peranti mudah alih. Tidak perlu membayar aplikasi mahal seperti Filmore.
Penyunting dan penukar video
VEED juga ialah perisian penyuntingan video lengkap. Anda boleh menambahkan bunyi, teks, dan melukis di atas video anda. Ia juga adalah penukar video - muat naik fail video lain seperti AVI, MOV atau WebM dan menukarkannya kepada MP4. Jadikan video anda sesuai dengan semua pemain media!
Tambah video baru dari kamera web
Anda juga boleh merakam video baru dari kamera web untuk digabungkan dengan dail MP4 anda yang telah dimuat naik. Hanya klik pada Muat naik atau klik ikon tambah (+) di tetingkap penyuntingan. Kemudian, pilih Rakam dari tetingkap timbul. Anda boleh mulakan rakaman dari kamera web anda.
Soalan Lazim
Ketahui lagi
Disukai oleh pencipta.
Disukai oleh syarikat Fortune 500
VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.
Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal
Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.
Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers
Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.
Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group
VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.
Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan
Lebih daripada penyambung MP4
Perisian penyuntingan video kami sangat serba boleh - padant dengan alatan yang anda boleh gunakan bukan sahaja untuk mencantumkan fail MP4 tetapi juga menyuntingnya dan menjadikannya kelihatan professional. Cipta video HD yang menawan yang anda boleh kongsi di media sosial. Anda juga boleh trim, pangkas, dan ubah saiz video anda untuk platform perkongsian video berbeza. Semuanya dari pelayar anda!