Penyambung MP3

Sambung, gabung fail audio MP3 dalam talian. Percuma, mudah digunakan.

MP3 Joiner

4.6

319 Ulasan

Sambungkan Berbilang Fail MP3 Bersama

Gabungkan berbilang fail MP3 menjadi satu fail MP3 menggunakan penyambung audio dan penyunting dalam talian percuma kami. Cantumkan audio anda terus dari pelayar anda. Anda tidak perlu memuat turun dan memasang aplikasi. VEED juga membolehkan anda menyunting audio anda - pisah, pangkas dan susun semula klip audio dan simpan ia sebagai satu fail MP3. Cantumkan fail-fail MP3 anda dengan kehilangan kualiti audio yang minima. Perisian penyuntingan audio VEED adalah percuma dan mudah digunakan. Hanya tarik dan lepas klip audio anda pada Garis Masa. Sunting audio anda dengan hanya beberapa klik!

Cara Menyambung Fail MP3:

Langkah 1

Muat naik fail MP3

Muat naik dua atau lebih fail audio MP3 pada penyunting dengan mengklik pada ‘Pilih Fail MP3’. Anda boleh menyeret dan meletakkannya dari folder anda ke tetingkap penyunting.

Langkah 2

Sunting atau tambah lebih banyak klip audio

Selepas memuat naik fail MP3 anda, anda akan melihat halaman penyunting audio di mana anda boleh menyunting atau menambah lebih banyak lip untuk dicantumkan. Untuk menambah lebih banyak klip audio, hanya klik pada tanda tambah (+) pada tetingkap penyuntingan pada bahagian bawah di sebelah kanan skrin.

Langkah 3

Eksport fail MP3 baru anda

Hanya klik pada ‘Eksport’ dan audio MP3 baru anda akan dimuat naik ke peranti anda.

Penyambung fail MP3 dalam talian percuma

Penyambung audio MP3 dalam talian kami adalah percuma dan boleh diakses dari sebarang pelayar. VEED berfungsi dengan lancar di Windows, Mac, Linux, dan semua peranti mudah alih. Tidak perlu membayar aplikasi yang mahal atau langganan bulanan!

Penyunting dan penukar audio dan video

VEED juga ialah perisian penyuntingan video dan audio lengkap. Anda boleh menambah muzik latar, kesan bunyi, suara latar dan banyak lagi. Anda juga boleh mencipta video dari runut audio anda. Tambah bunyi, imej, teks, malah boleh melukis pada video anda. Ia juga adalah penukar video - muat naik fail video lain seperti AVI, MOV, atau WebM dan menukarnya kepada MP4. Jadikan video anda sesuai dengan semua pemain media!

Sambung klip audio dalam berbilang format

Anda boleh menambah dan menggabungkan runut audio dalam sebarang format - MP3, WAV, OGG dan banyak lagi! Tidak kira format audio yang anda muat naik, ia akan dieksport kepada format yang anda pilih. Hanya klik pada jenis fail yang anda mahukan dalam pilihan Eksport.

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Pilih Fail MP3

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada penyambung MP3

Perisian penyuntingan audio kami sangat serba guna - padat dengan alatan anda boleh guna bukan hanya untuk menggabungkan fail MP3 tetapi juga menyuntingnya dan menjadikannya terdengar profesional. Cipta runut audio berkualiti tinggi yang menarik yanng anda boleh tambahkan video atau senarai audio anda dan kongsi di media sosial. Semuanya dari pelayar anda!

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop