Pembuat Klip YouTube

Pangkas video YouTube, terus dari pautannya! Semua dalam talian, tiada muat turun diperlukan

4.6

319 Ulasan

Pangkas video YouTube dalam talian

Adakah anda ingin membuat klip pendek dari video YouTube kegemaran anda? Ingin membuang pengenalan yang panjang, penutup atau memilih bahagian kegemaran anda sahaja. Kini anda boleh dengan VEED. Dan selain itu, anda boleh melakukan semua ini menggunakan pautan YouTube. Bahkan anda tidak perlu memuat turun video. Apa yang lebih baik daripada itu?

Cara Membuat Klip YouTube:

Langkah 1

Muat naik / Tambah dengan Pautan

Muat naik video yang anda ingin potong atau tambahkan pautan YouTube - hanya mula gunakan VEED, klik anak panah di sebelah “Muat naik video/Audio’, dan kemudian klik ‘YouTube’ untuk memasukkan pautan (url).

Langkah 2

Pangkas

Sekarang anda boleh memangkas video anda kepada klip yang anda inginkan sahaja. Tarik gelangsar pada garis masa atau masukkan masa mula/henti yang tepat.

Langkah 3

Muat Turun

Itu sahaja! Klik ‘Muat Turun’ dan lihat video anda tersedia dalam beberapa saat.

Ketahui Lebih Lanjut

Tutorial ‘Pembuat Klip YouTube’

Jadikan klip YouTube anda dalam talian

Dengan VEED, anda boleh membuat klip-klip pendek daripada video YouTube yang anda paling banyak tonton, semua dalam talian. Tiada perisian untuk dimuat turun, malah anda tidak perlu membuka akaun. Selain itu, adna tidak perlu memuat turun video-video YouTube itu secara berasingan dan memuat naiknya semula. Anda boleh masukkan video YouTube ke VEED menggunakan URL video (atau pautan). Malah anda tidak perlu memuat turunnya sebelum penyuntingan. Bagus, bukan?

Potong, pangkas dan banyak lagi

Anda boleh potong video anda jadi tinggal bahagian yang anda inginkan atau pangkas video anda untuk membuang sebahagian daripada skrin, tambahkan teks, sari kata, pelekat, kesan bunyi dan banyak lagi! VEED sangat mudah untuk digunakan. Sama ada anda memuat naik atau menambahkan pautan, video YouTube anda akan muncul di garis masa mudah guna kami. Hanya tarik gelangsar, tinggalkan klip yang anda mahu atau masukkan masa mula/henti yang tepat.

Tambah muzik dan kongsi!

Anda bukan sahaja boleh membuang audio daripada klip YouTube anda, tetapi anda juga boleh menambahkan apa jua muzik yang anda suka. Anda boleh simpan video anda supaya sesuai dengan YouTube atau anda boleh memilih tetapan ‘Instagram’, ‘TikTok’ atau ‘Twitter’ dan ubah saiz kandungan anda supaya sesuai dengan sebarang platform media sosial.

Soalan Lazim

Disukai oleh pencipta.

Disukai oleh syarikat Fortune 500


VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.

Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal


Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.

Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers


Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.

Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group


VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.

Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com

Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED

Pilih Video

Tiada kad kredit diperlukan

Lebih daripada pembuat klip YouTube

Dengan VEED, anda boleh melakukan lebih daripada sekadar membuat dan memperibadikan klip daripada video YouTube. VEED ialah penyunting video berkuasa yang membolehkan anda menyunting dan menyesuaikan kilp video pilihan anda! Anda boleh menggunakan penyaring kamera dan kesan video, tambahkan transisi dan banyak lagi. Tambahkan teks dan kapsyen pada video anda; tambah imej, logo, sari kata, bahkan pentampak muzik. Ia adalah perisian berasaskan pelayar jadi anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi!

VEED app displayed on mobile,tablet and laptop