Pembuat Penutup
Buat penutup mengagumkan untuk video anda, percuma. Pembuat penutup dalam talian
4.6
319 Ulasan
Buat Penutup untuk Video Anda Dalam Talian
Cipta penamat terbaik untuk video anda dengan memasukkan penutup. Anda boleh memasukkan kredit untuk membolehkan orang ramai tahu siapa yang terlibat dalam penciptaan video, menambah muzik latar, kesan bunyi dan banyak lagi. Jika anda tidak merakam penutup, anda boleh memilih daripada video stok sedia ada kami. Anda boleh memperibadikan video stok kami untuk membuat penutup anda menarik. Buat penonton kagum dengan ciptaan video anda!
Cara Membuat Penutup Video:
Langkah 1
Tambah video anda
Klik pada ‘Pilih Video’ dan pilih video anda daripada folder anda. Anda juga boleh menampal pautan YouTube terus ke penyunting.
Langkah 2
Buat penutup anda
Beberapa perkara yang anda boleh tambah di penghujung video anda adalah teks, imej dan muzik latar. Hanya klik pada butang Teks di sebelah kiri.
Langkah 3
Eksport
Apabila anda berpuas hati dengan penutup video anda, klik sahaja pada ‘Eksport’. Muat turun video anda dalam format yang anda suka.
Ketahui Lebih Lanjut
Tutorial ‘Pembuat Penutup’
Buat pengakhiran yang sempurna untuk video anda
Jadi, anda sudah menghasilkan video yang hebat dan sedia untuk berkongsinya. Tetapi jangan berhenti di situ! Anda boleh jadikannya lebih baik dengan memasukkan penutup yang akan membuatkan penonton anda mengingati video anda lama selepas anda telan menontonya. Tinggalkan kesan yang hebat dengan memasukkan babak akhir yang akan membuatkan mereka klik butang main semula dan menontonnya berulang-kali. Anda boleh masukkan penghargaan akhir, menambah logo, imej dan kesan bunyi.
Kongsi ciptaan anda di YouTube, Instagram, Facebook, TikTok dan perkongsian video dan platform media sosial lain. Anda pasti akan membuatkan peminat anda teruja menonton lebih banyak video anda!
Penyunting video mudah guna
Penyunting video percuma VEED sangat mudah digunakan. Untuk membuat penutup, apa yang anda perlu buat adalah menambah elemen penutup dan tarik ke arah penghujung garis masa. Anda akan nampak lapisan berbeza pada garis masa dan anda boleh klik pada setiap elemen untuk menyuntingnya secara individu. Untuk menambahkan teks, sebagai contoh, cuma klik pada alat Teks dari menu dan mulakan menaip. Begitu juga dengan foto, kesan bunyi, muzik latar dan banyak lagi. Anda juga boleh menambah kesan video pada babak akhir. Pisahkan video anda untuk menyunting penutupnya sahaja. Hanya klik pada alat Pisah, klik pada klip terakhir dan sesuaikannya! Apa yang diperlukan hanyalah beberapa klik.
Pilih daripada berbilang format
VEED membolehkan anda memuat turun video anda dalam format yang anda suka. Dengan cara ini, video anda akan menjadi lebih sesuai dengan platform perkongsian video dan tapak media sosial berlainan. Ia juga akan boleh dimainkan di pemain media berbeza seperti VLC, QuickTIme dan banyak lagi. Anda boleh pilih daripada MP4, AVI, MOV dan jenis fail video popular lain. Jika anda telah memuat naik video dalam format yang berbeza, anda boleh memilih format lain semasa memuat turun video anda. Hanya pilih format yang anda inginkan sebelum mengeksportnya. Ia betul-betul mudah!
Soalan Lazim
Disukai oleh pencipta.
Disukai oleh syarikat Fortune 500
VEED telah mengubah segalanya. Ia membolehkan kami mencipta kandungan cantik untuk promosi sosial dan unit iklan dengan mudah.
Max Alter
Director of Audience Development, NBCUniversal
Saya suka menggunakan VEED. Teks sarikata adalah yang paling tepat yang pernah saya lihat di pasaran. Ia membantu menaikkan kandungan saya ke tahap seterusnya.
Laura Haleydt
Brand Marketing Manager, Carlsberg Importers
Saya menggunakan Loom untuk merakam, Rev untuk teks sarikata, Google untuk penyimpanan dan Youtube untuk mendapatkan pautan perkongsian. Sekarang saya boleh melakukan semua ini di satu tempat dengan VEED.
Cedric Gustavo Ravache
Enterprise Account Executive, Cloud Software Group
VEED adalah kedai sehenti saya untuk penyuntingan video! Ia mengurangkan masa penyuntingan saya sekitar 60%, membebaskan saya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bimbingan kerjaya dalam talian saya.
Nadeem L
Entrepreneur and Owner, TheCareerCEO.com
Apabila bercakap tentang video yang menakjubkan, anda hanya perlukan VEED
Tiada kad kredit diperlukan
Lebih daripada pembuat penutup
Apa jua keperluan penyuntingan video anda, VEED memilikinya - dalam penyunting video berkuasa mudah guna dan percuma! Adakah anda perlukan pengenalan dan penutup untuk video anda? Mudah; gunakan VEED! Anda boleh masukkan logo, teks, dan sari kata untuk memberikan kesan kekal pada penonton anda. Lebih daripada itu, anda boleh menyunting keseluruhan video anda untuk memperibadikannya dan menjadikannya tampak professional. Anda tidak perlukan sebarang pengalaman penyuntingan video. Selain itu, VEED ialah perisian dalam talian jadi anda tidak perlu memuat turun aplikasi. Lakukan semuanya secara percuma, terus dari pelayar anda!